Assalamualaikum, Alhamdulillah bagi memudahkan orang ramai untuk memberi sumbangan, Persatuan Alumni Huffaz Negeri Sembilan melancarkan Tabung Infaq Khas Sheikh Muhd 'Abdun Nabiy yang boleh disalurkan menerusi Online seperti berikut:
Assalamualaikum, Alhamdulillah bagi memudahkan orang ramai untuk memberi sumbangan, Persatuan Alumni Huffaz Negeri Sembilan melancarkan Tabung Infaq Khas Sheikh Muhd 'Abdun Nabiy yang boleh disalurkan menerusi Online seperti berikut:
Assalamualaikum, Alhamdulillah bagi memudahkan orang ramai untuk memberi sumbangan, Persatuan Alumni Huffaz Negeri Sembilan melancarkan Tabung Infaq Al Huffaz Negeri Sembilan yang boleh disalurkan menerusi Online seperti berikut:
Anda tahu atau tidak? Majoriti bacaan Al-Quran yang diamalkan di Malaysia (keseluruhan masyarakat Islam) ialah bacaan Qiraat Imam ‘Asim melalui riwayat Imam Hafs beraliran Al-Syatibi.
Siapakah beliau?
Nama beliau adalah Al-Qasim Bin Firuh Bin Khalaf Bin Ahmad Al Ru’ayni Al-Syatibi Al-Andalusi. Beliau dilahirkan di Xativa, Sepanyol yang terletak 70 KM daripada Wilayah Valencia pada tahun 538H (1144M). Kehidupan beliau melalui era kebangkitan Kerajaan Al-Muwahhidun (1146 – 1238M) yang mula menguasai kota – kota Andalusia selepas Kerajaan Al-Murabitun mengalami kemunduran (1086 – 1145M).
Imam As-Syatibi Rahimahullah seorang yang amat alim dalam pelbagai bidang ilmu terutama berkaitan dengan ilmu Qiraat, Tafsir, Nahu, Lughah, Hadis dan Fekah. Bahkan beliau bijak menta’bir mimpi, beliau juga dikenali sebagai tokoh sasterawan bahasa Arab yang terkenal di Kota Syatibah dengan lahirnya Kitab Nuzum fi Mawani’ Al-Sarf. Di Kota Syatibah, beliau menjadi pakar rujuk Ilmu Qiraat dan Ulum Al-Quran seawal remaja kerana kecerdikan yang dianugerahkan.
Beliau berguru dalam bidang Al-Quran dan ilmu Qiraat bersama para gurunya Abu Abdullah Muhammad Abil Ash Al-Nafari (550H), Ibn Huzayl – Anak murid Imam Ad-Dani (563H), Imam al-Mubarrad, Abu Tahir al-Salafi, Ibn Humayd (586H), Ibn al-Ni’mah al-Balansi (567H), Abu Abdullah Al-Isybili (600H), Ibn Asy’ir al-Ansari (567H), Abu Tahir al-Salafi (576H), Abu al-Qasim bin Hubaysy (584H), Abu al-Husayn al-‘Umri (564H), Ibn al-Faras (567H).
Antara anak – anak murid beliau adalah Abu Al-Hasan Ali bin Muhammad bin Abdus Samad Al-Sakhawi (643H), Al-Kamal Ali bin Syuja’ bin Salim al-Darir al-Masri (661H), Ali bin Muhammad bin Musa Al-Tujibi (626H), Abdul Rahman bin Abul Qasim Al-Azdi Al-Tunisi dan ramai lagi.
Antara kitab karangan beliau di dalam bidang Ilmu Qiraat dan Ulum Quran ialah Kitab Matan Hirzul Amaani wa Wajhu Al-Tahaani fi Al-Qiraat (Matan As-Syatibiyah) yang menerangkan tentang 7 Imam Qiraat yang masyhur yang disusun seribu lebih baris puisi. Manakala Kitab ‘Aqilah Atrab al-Qasaid fi Asna’ al-Maqasid pula membicarakan Ilmu Rasm Uthmani.
Imam As-Syatibi berhijrah ke Kaherah, Mesir pada tahun 572H (1177M). Pengembaraan ilmu beliau ke bumi Mesir amat dialu-alukan oleh warga Kota Mesir atas ketinggian ilmu dan mulianya beliau sebagai seorang guru Ilmu Qiraat, Ulum Al-Quran yang unggul. Imam An-Nawawi ada menyebut, Imam As-Syatibi jika dibanding dengan orang lain di Mesir tiada tandingan pada masa itu kerana ilmu yang banyak. Imam Az-Dzahabi juga memuji ketokohan Imam As-Syatibi merupakan Imam yang sangat alim, cerdik dan menguasai pelbagai bidang ilmu dan antaranya mengetuai ilmu Qiraat, ilmu Hadis dan menghafaznya, pakar Bahasa Arab dan sebagainya.
Imam As-Syatibi mengabadikan dirinya dengan ilmu hingga dijemput Allah S.W.T pada 28 Jamadilakhir tahun 590H (20 Jun 1194M) usianya 52 tahun dan dimakamkan di Jabal Muqattam, Kaherah Mesir. Semoga Allah merahmati dan melimpahkan kesejahteraan kepada beliau Imam As-Syatibi, ilmuan unggul bumi Andalusia.
Pada hari ini ( 19/2/2019 )... bulan purnama berlaku ketika bulan berada pada kedudukan yang hampir dengan perigee. Jarak masa di antara fasa purnama dan fasa perigee hanya dipisahkan beberapa jam sahaja.
Perigee adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada kedudukan objek angkasa seperti Bulan berada dekat dengan Bumi. Oleh itu, bulan akan kelihatan lebih besar namun tidak dapat dibezakan dengan mata kasar melainkan dibezakan melalui gambar bulan yang diambil pada kedudukan yang berbeza ( perigee & apogee ).
Waktu terbaik untuk mencerap bulan purnama perigee adalah bermula pada seawal maghrib (19/2/2019) sehingga ke waktu subuh ( 20/2/2019). Manakala, waktu kemuncaknya adalah pada 11:53 malam di mana bulan berada pada fasa bulan penuh.
Program diteruskan lagi dengan santapan rohani yang disampaikan oleh Amiza Khusyri Yusof ( https://www.facebook.com/amizakhusyri )... Timbalan PAID Seremban, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan "Official"
Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Sembilan dimulakan dengan bacaan al-Fadhil Ustaz Mohd Syahiruddin Daud. Biro Dakwah & Tarbiah PAHNS.
Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus Tahun 1440H/2019M :
Hari : Selasa - Jumaat
Tarikh : 29 Januari 2019 - 1 Februari 2019
Tempat : Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan, Paroi
Masa : 8.30 pagi hingga 11.00 malam.
Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah akan disempurnakan oleh DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 1 Februari 2019 jam 8.00 malam.
Orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan majlis serta mengambil manfaat dari ayat-ayat suci al-Quran al-Karim.